Bahagian Serian

Serian ialah sebuah bandar pekan berkeluasan kira-kira sekitar, (2,039.9 kilometer persegi) yang dipisahkan pada 11 April 2015 dari Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 40 batu (64 km) dari Kuching. Dan terdapat dua daerah iaitu Daerah Serian dan Daerah Siburan.Terdapat Pekan kecil di dalam Bahagian Serian iaitu pekan balai Ringin dan pekan Tebedu.

Diisytiharkan secara rasmi sebagai bahagian ke-12 di Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan bin Hj Satem pada 11 April 2015[1][2].

Pekan ini terkenal dengan duriannya, yang popular dipercayai sebagai yang terbaik di Sarawak. Ini telah mendorong Majlis Daerah Serian untuk mendirikan sebuah monumen gergasi kepada "raja buah-buahan" ini betul-betul di tengah-tengah dataran pasar. Bagaimanapun, monumen lain seperti patung harimau dan kerbau kelihatan tidak bertempat kerana tiada harimau atau kerbau di daerah ini. Pekan ini mempunyai hubungan yang baik dengan kawasan pedalamannya yang kaya melalui jalan darat dan air dan oleh itu seseorang boleh menemui pelbagai jenis hasil hutan yang terdapat di pasaran hasil hutan tetapi akhir-akhir ini, kebanyakan hasil ini dibawa masuk dari Kalimantan, Indonesia kerana harganya lebih murah . Penduduk daerah (bancian tahun 2010) ialah 90,763. Kira-kira 65% penduduk adalah Bidayuh. Kumpulan etnik utama lain ialah Iban, Cina, dan Melayu.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy